Saturday, 13 August 2011

Jalan-jalan di bazaar ramadhan

Petang tadi aku berkunjung lagi di bazaar ramadhan buat kali yang ke 3 semenjak kali pertama membeli ikan bakar dan kebab hari tu. Kali ini aku pergi ingat hendak membeli kuih muih atau sebarang juadah utk berbuka puasa, Tapi jauh sekali untuk mencuci mata....huhuhu...puasa wooo jgn buat pasal. Kang tak pasal-pasal kurus lak puasa aku. Pergi bazaar ni pun kebetulan sebab mak mertua dan pak mertua aku nak pergi rumah kakak ipar aku kat bayan lepas. Jadi, memandang kan sehala dengan bazaar ramadhan tu...sekali lalu lah kan. Saje lah nak tengok-tengok jer barang-barang yang di jual untuk hari raya yang bakal menjelang ni....mana lah tau sangkut 2,3 barang...huhuhu 


Memandangkan jarak di antara rumah kakak ipar aku tu dengan bazaar tu tak jauh, suami aku buat keputusan untuk jalan kaki jer. Bukan apa, takut takde parking lak nanti. aku pun ikutkan jerlah pendapat suami aku tu. Semasa dalam perjalanan ke bazaar tu...macam-macam lah yang kami berdua bualkan, sehingga tak sedar dah sampai rupanya.( Ni lah jadinya kalau dah dapat berborak...hehehhe..)

Aku datang bazaar ni memang nak beli juadah berbuka, masa membelek-belek segala jenis kuih muih dan lauk pauk yang beraneka jenis tu tiba-tiba mata aku terpandang ke arah satu gerai menjual laksa penang yang tertera sign "LAKSA PENANG SPECIAL". mau tak kecur air liur....special cam mana pun aku tak tahu lah tu. Selama ni aku hanya tau makan jer, special ke tak special tak tau la...janji kenyang. Dalam hati "aku mesti try ni", jadi aku pun beli le sebungkus, RM 2.50 jer nampak memang menarik. Bila masa nak balik terasa jauh la pulak nak sampai semula ke rumah kakak ipar aku tu. Jadi aku ngan suami pergi bazaar jalan kaki hanya kerana Laksa Penang Special. 0hww!!! selama 13 hari puasa, hari ni aku terasa terlalu penat.huhu...



Bila masuk waktu berbuka selepas menjamah sebijik kurma aku pun apa lagi ...tala air sirap bandung la dulu. Pastu baru aku perkena Laksa Penang yang dikatakan special tu. Tapi yg aku musykil tu laksa tu aku rasa macam biasa jer, cuma telur dia kasi lebih. Yang tu lah agaknya yang dia duk kata special tu. Tak kisah lah janji rasa memang rasa laksa yang sebelum-sebelum ni aku duk telan. Bila dah selesai makan, perut pun dah kenyang aku dan suami bersiap-siap untuk ke surau berdekatan nak sembahyang terawih.


No comments:

Post a Comment