Saturday 20 August 2011

Tanda Awal Kehamilan 1 Minggu

Baby  (Tanda Awal Kehamilan Ciri-Ciri Orang Hamil 1 Minggu) 


Tanda awal kehamilan dan ciri-ciri Orang Hamil 1 Minggu. 
Ingin mengetahui tanda-tanda awal kehamilan, apakah ciri-ciri wanita hamil suatu tanda kehamilan. Mungkin buat yang sudah berkahwin ingin mempunya anak, tanda awal kehamilan sangat
dinanti.

Biasanya seorang wanita tidak terlalu memperhatikan gejala-gejala yang terjadi sampai saat kita tahu bahawa kita terlambat datang bulan, mungkin juga itu adalah tanda seseorang sedang hamil.

Banyak ciri-ciri orang hamil awal kehamilan yang mungkin belum diketahui.

Berikut tanda ciri-ciri wanita Hamil 1 Minggu awal kehamilan :

Payudara kaku dan membengkak

Salah satu tanda awal kehamilan adalah payudara yang sensitif, membengkak dan kadang disertai sedikit rasa sakit. Hal ini disebabkan kerana peningkatan level hormon dalam tubuh. Rasa sakit 

yang ditimbulkan sama seperti saat anda akan mendapatkan periode datang bulan. Namun rasa 
tidak selesa ini secara bertahap akan hilang setelah tri semester pertama, kerana tubuh telah 
dapat menyesuaikan dengan perubahan hormon yang terjadi.


 Letih

Perasaan penat dan letih sepanjang hari. Belum diketahui secara pasti apa penyebabnya, namun kemungkinan rasa mengantuk ini disebabkan kerana peningkatan level hormon progesteron.
Pada trisemester kedua, biasanya anda sudah akan merasa lebih bertenaga lagi, walaupun 

biasanya rasa penat ini akan datang lagi pada akhir masa kehamilan, hal ini disebabkan kerana 
anda membawa beban badan yang cukup berat dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh 
kehamilan sehingga sering kali tidak dapat tidur dengan nyenyak di malam hari.

Pendarahan

Pada beberapa wanita mengalami pendarahan vagina, terjadi sekitar 11 atau 12 hari setelah 

pembuahan (dekat dengan waktu anda seharusnya mengalami datang bulan). Pendarahan ini biasanya sangat ringan (tampak seperti tompok merah atau merah muda atau mungkin juga seperti 
tompok merah kecoklatan) dan hanya terjadi selama satu atau dua hari saja. (beritahu lah pada 
doktor anda bila terjadi pendarahan atau tompok ini, terutama bila disertai rasa sakit, kerana ini
boleh menjadi pertanda kehamilan ectopic).

Mual dan muntah

Jika anda seperti sebagian besar wanita lainnya, morning sickness tidak akan terjadi sampai 

sekitar sebulan setelah pembuahan. Namun pada beberapa wanita, mereka merasa mual lebih 
cepat, dan bahkan tidak hanya pada pagi hari namun juga di siang atau malam hari. Namun ada 
juga wanita yang beruntung tidak mengalami hal ini.
Sebahagian besar wanita yang mengalami rasa mual ini, akan sepenuhnya merasa lega setelah memasuki trisemester kedua. Namun ada juga yang lebih lama, dan ada yang lebih cepat pula.

Semakin sensitif terhadap bau-bauan

Pada saat awal kehamilan,kita sering merasa terganggu dengan bau-bauan yang ada di sekitar kita. Terkadang kita merasa mual terkena bau kopi atau masakan tertentu. Tidak ada yang tahu 

apa penyebab sebenar, namun kemungkinan hal ini juga disebabkan kerana peningkatan hormon 
estrogen dalam tubuh anda. Terkadang, makanan yang bisanya menjadi kegemaran kita tidak di 
sukai pada ketika ini kerana sekarang terasa mual.

Perut Kembung

Perubahan hormon pada saat awal kehamilan dapat menyebabkan perut anda terasa kembung, 

sama seperti saat kita akan mendapatkan period.

Sering Kencing

Setelah anda hamil, anda akan merasa sering ingin ke tandas untuk buang air kecil atau kencing. 

Hal ini disebabkan kerana selama kehamilan jumlah darah dan cairan lainnya dalam tubuh akan meningkat, yang menyebabkan adanya ekstra cairan yang diproses di ginjal dan kemudian berakhir di saluran kencing anda.
Hal ini biasanya terjadi pada enam minggu pertama kehamilan dan akan semakin memburuk pada akhir masa kehamilan, kerana janin yang semakin membesar sehingga menekan kantung kencing

 kita.

Terlambat period

Jika period anda biasanya teratur dan kali ini tidak datang tepat waktu, maka ini adalah saat 

untuk melakukan test kehamilan. Namun jika period anda biasa tidak teratur, maka gejala mual 
dan payudara yang kaku dapat menjadi sebab untuk melakukan test.

Temperatur tubuh lebih tinggi dari biasanya

Jika anda terbiasa mencatat temperature tubuh anda, dan anda melihat bahawa dalam 18 hari 

terakhir ini suhu tubuh anda selalu lebih tinggi dari biasanya, maka kemungkinan besar anda sedang hamil.

Hasil test – pack yang positif!

Dan yang terakhir, menggunakan alat test kehamilan di rumah untuk memastikan. Jika hasil test

 telah menunjukkan positif anda hamil, segeralah berjumpa dengan doktor pakar kehamilan.

Tanda awal kehamilan ciri-ciri orang hamil 1 Minggu buat Anda yang sedang menantikan buah hati, ketahui juga kehamilan diluar kandungan. 

Saturday 13 August 2011

Jalan-jalan di bazaar ramadhan

Petang tadi aku berkunjung lagi di bazaar ramadhan buat kali yang ke 3 semenjak kali pertama membeli ikan bakar dan kebab hari tu. Kali ini aku pergi ingat hendak membeli kuih muih atau sebarang juadah utk berbuka puasa, Tapi jauh sekali untuk mencuci mata....huhuhu...puasa wooo jgn buat pasal. Kang tak pasal-pasal kurus lak puasa aku. Pergi bazaar ni pun kebetulan sebab mak mertua dan pak mertua aku nak pergi rumah kakak ipar aku kat bayan lepas. Jadi, memandang kan sehala dengan bazaar ramadhan tu...sekali lalu lah kan. Saje lah nak tengok-tengok jer barang-barang yang di jual untuk hari raya yang bakal menjelang ni....mana lah tau sangkut 2,3 barang...huhuhu 


Memandangkan jarak di antara rumah kakak ipar aku tu dengan bazaar tu tak jauh, suami aku buat keputusan untuk jalan kaki jer. Bukan apa, takut takde parking lak nanti. aku pun ikutkan jerlah pendapat suami aku tu. Semasa dalam perjalanan ke bazaar tu...macam-macam lah yang kami berdua bualkan, sehingga tak sedar dah sampai rupanya.( Ni lah jadinya kalau dah dapat berborak...hehehhe..)

Aku datang bazaar ni memang nak beli juadah berbuka, masa membelek-belek segala jenis kuih muih dan lauk pauk yang beraneka jenis tu tiba-tiba mata aku terpandang ke arah satu gerai menjual laksa penang yang tertera sign "LAKSA PENANG SPECIAL". mau tak kecur air liur....special cam mana pun aku tak tahu lah tu. Selama ni aku hanya tau makan jer, special ke tak special tak tau la...janji kenyang. Dalam hati "aku mesti try ni", jadi aku pun beli le sebungkus, RM 2.50 jer nampak memang menarik. Bila masa nak balik terasa jauh la pulak nak sampai semula ke rumah kakak ipar aku tu. Jadi aku ngan suami pergi bazaar jalan kaki hanya kerana Laksa Penang Special. 0hww!!! selama 13 hari puasa, hari ni aku terasa terlalu penat.huhu...



Bila masuk waktu berbuka selepas menjamah sebijik kurma aku pun apa lagi ...tala air sirap bandung la dulu. Pastu baru aku perkena Laksa Penang yang dikatakan special tu. Tapi yg aku musykil tu laksa tu aku rasa macam biasa jer, cuma telur dia kasi lebih. Yang tu lah agaknya yang dia duk kata special tu. Tak kisah lah janji rasa memang rasa laksa yang sebelum-sebelum ni aku duk telan. Bila dah selesai makan, perut pun dah kenyang aku dan suami bersiap-siap untuk ke surau berdekatan nak sembahyang terawih.


Friday 12 August 2011

JOM BERBUKA DI RESTORAN SUBAIDAH SG.DUA

Malam ni rasa macam nak pekena mamak....memang dah lama tak pekena capati cicah kari. Memandangkan jam 7.00 malam kami sekeluarga masih di rumah, husband decide gi makan kat Restoran Subaidah Sg.Dua, Penang.

Setahu aku Restoran Subaidah ni originally from Penang.Kat Penang je ada 3 cawangan dan setahu aku jugak,menu kat restoran ni dibawa khas dari Penang dan memang menu 'pure' Nasi Kandar.

Restoran Subaidah memang banyak cawangan,Seingat aku kat Kota Damansara ada satu kat corner lot, yang berdekatan dengan restoran Restoran Ayam Penyet & Restoran Soya Station. Kiranya Restoran Subaidah ni the one & only mamak restoran kat area tu lah. Kat melaka pun ada satu, kat Dataran Pahlawan.(Teringat lah pulak zaman-zaman bujang dulu lepak kat situ...huhu!!)

Masuk je dalam restoran ni dah nampak TV LCD skrin yang besar. Ruang makan pun luas dengan pilihan samada nak makan kat dalam ataupun non covered area (lepak kat kaki lima). Bagi aku, restoran ni ada sikit beza dengan restoran mamak yang lain. Mungkin dari segi susun atur & kekemasan dapur yang mampu menarik customer untuk kembali menjejak kaki ke sini.

Tanpa membuang masa,kami terus order:

1. Capati Kari Ikan (sori, pic takde sebab lupa nak snap sblm makan)
2. Nasi Campur - ini kelainan yang dikatakan tadi.Kat sini ada dihidangkan telur sotong yang enak & lemak.Memang sedap & manis.Selain dimakan dengan nasi kandar, telur sotong ni pun sedap jugak kalau dilipat bersama capati atau roti canai & dicicah dengan kari ikan. Cubalah.....
3. Milo ais gelas besar - Perghhhh!!! gelas dia memang besarlah...seingat aku, kalah dari jug mak kita kat umah tu. Boleh kembung perut kalau dapat minum sampai habis.

Tepat jam 7.35 malam kami sekeluarga berbuka puasa dengan berselera sekali. Memang puas hati lah dapat makan kat situ walau harga kalau nak makan kat Restoran Subaidah ni kira macam standard harga ordinary mamak restoran yang ada kat seluruh Penang ni. Hanya peminat Restoran Subaidah saja yang dapat memberikan jawapan kenapa mereka memilih Restoran Subaidah untuk menjamu selera.~~ Selamat Berbuka Puasa & Selamat mencuba....


Thursday 11 August 2011

Berpuasa bersama keluarga suami


Salam kepada semua pembaca..tahun ini adalah tahun pertama aku menyambut ramadhan atau menyambut bulan puasa dengan suami tercinta.. 1 Ramadhan 1432 atau 1 Ogos 2011 detik yang menggembirakan aku kerana dapat menunaikan ibadah puasa dengan suami dan keluarga suami kerana kini aku telah tinggal dengan mereka, tidak seperti tahun2 yang sebelumnya aku berpuasa dan berbuka bersama keluarga ku di kampung, tetapi tahun ini hanya aku dan keluarga suami...Ya Allah semoga kau limpahkan kebahagiaan dan kesempurnaan kepada kami suami isteri di bulan yang mulia ini...

Ya Allah Ya Tuhanku... bolehkan aku memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dibulan yang mulia ini..bolehkan aku sentiasa membahagiakan suamiku , hanya senyuman yang aku inginkan darinya agar jiwa ini berasa tenang...Ya Tuhanku kau lindungilah aku dan kuatkanlah semangatku dalam menempuh segala dugaan yang ditentukan olehmu Ya allah..amin 

Kuharapkan ramadhan kali ini penuh makna, kepada suamiku, kuharap kita bersama2 dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh sabar dan kegembiraan.. Ya allah aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang tuk berpuasa..

Terima kasih Tuhan, syukur dan terima kasih suamiku..

Tuesday 3 May 2011

Hari ini....

Hari ini...suami aku khusus kat seberang...tinggal aku sendiri kat umah...mama n abah kat h0spital macam biasa...abah tiap-tiap minggu kena cuci darah....ntah kenapa...sehari dua nie aku sensitif sangat...smua perkara nak tersentuh...hingga makan p0wn da tak lalu...cam2 yang aku pikir...sal kerja p0wn ada jugak...tapi tak pe lah mungkin nie da takdir...smua perkara yang berlaku mungkin ada sebab k0wt...

Saturday 12 March 2011

Pernikahan Aku & Suamiku pada 12 March 2011



Salam...perkenalan sebagai seorang rakan yang bermula daripada laman sosial yahoo massenger (Chat Room Selangor) pada tahun 2006 telah berubah menjadi bibit-bibit cinta antara aku dan dia hingga membawa ke jinjang pelamin


Nama suamiku Faizal atau nama sebenarnya Muhamad Faizal Ishak kelihatan berseri-seri pada majlis pernikahannya dengan ku Wan Noor Azlinawati Basri yang berlangsung di kediaman ku di Kampung Batu Balai, Kerdau pada 12 March 2011 lalu.


Aku dan dia selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Air mataku tak dapat di kawal lagi tatkala aku telah bergelar isteri kepada suamiku. Aku juga, tak dapat bayangkan bagaimana kehidupan ku bergelar isteri selepas ini, dapat kah aku memikul tanggungjawab itu?, soalan itu sering berlegar2 di fikiranku.

Bicara suamiku, hatinya terbuka untuk melamar aku yang lebih mesra disapa iena setelah memikirkan perkenalan kami yang telah menjangkau empat tahun, aku juga pada ketika itu telah tamat pengajian Diploma di Kolej Yayasan Melaka pada tahun 2009. Jadi tiada apa yang dapat di tunggu lagi,hanya restu kedua-dua orang tua yang diharapkan. Pada Feb 2010 aku dan dia telah ditunangkan dengan suamiku dengan perjanjian tempoh pertunangan selama setahun. 


Kami berkenalan di yahoo massenger sejak lima tahun lalu. Pada asalnya, kami merupakan rakan biasa sahaja sehinggalah aku mendapat tawaran sambung belajar di Kolej Yayasan Melaka dalam jurusan Diploma Teknologi Rangkaian. Suamiku menanyakan adakah aku akan mencari pasangan apabila belajar kelak. Aku hanya menyatakan bahawa "Jodoh tak mengenal siapa". Dengan tanpa diduga suamiku melamarku menjadikan aku kekasihnya, dengan memikirkan hanya dia sering membuatku gembira aku telah sudi menerimanya, walau keadaan ketika itu hanya mengenali di chat room massenger.


"Perasaan itu datang dengan sendiri. Sememangnya dia lelaki yang paling rapat dengan aku ketika itu dan tidak sangka rakan baik merupakan jodohku.


Suamiku ialah seorang lelaki yang sentiasa memahami diriku dan selalu ada bersamaku sewaktu susah dan senang. Dia sanggup menjadi pendengar setia ketika diriku dilanda masalah. Selama aku menjadi kekasihnya tidak pernah sekali-kali dia mengabaikanku. Malah setiap hari pasti dia tidak lupa untuk menalifonku bertanya khabar. 

                                                               
                                                              Kad jemputan untuk tetamu


Suami


Dalam majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, aku dan dia anggun menyarung busana serba putih rekaan Kak Aida. Hiasan pelamin dan hantaran pula dibuat khas oleh Busan Pengantin Aida dari Temerloh, Pahang. Serta jurugambar Aleeya Studio Enterprise dari Taiping,Perak.


Walaupun berlangsung secara sederhana, majlis itu tetap meriah. Keceriaan juga jelas terpampang pada wajah Suamiku. Dia kelihatan tersenyum hingga ke akhir majlis.



Pada hari tersebut, aku menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran berjumlah RM7,000.


Aku juga menerima sebentuk cincin dan 9 dulang hantaran yang terdiri daripada beg tangan Valentino Creations, wangian Body Shop, set barangan solek Chanel, sepasang telekung, laptop Dell, sebakul buah-buahan, coklat ferrero rochelle , semangkuk manisan dan sirih junjung.


Berbalas sebelas dulang daripada pihak perempuan ialah set beg duit Polo,wangian Dunhill, hiasan bunga rampai, hiasan kain pelekat, sebuah talifon bimbit Nokia c6, sebakul buah-buahan, coklat van hauten, hiasan cup cake, sepasang kasut G.A.Blue , sirih junjung serta semangkuk manisan.


Adakah aku sudah bersedia menjadi isteri kepada suamiku? Ini merupakan soalan wajib yang sering ditanya setiap orang yang telah bergelar isteri.




Bagiku, aku telah lama bersedia untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami dan bakal anak-anaku nanti.
Mengenai kriteria yang ada pada diri suamiku hingga aku tertarik dengan lelaki itu adalah, Suamiku ialah seorang lelaki yang bijak, matang dari segala aspek termasuk pertuturan, perwatakan dan pemikiran. Suamiku ada visi yang jelas dalam hidup dan sanggup menerimaku apa adanya.


Apa yang ada pada suamiku menepati kriteria lelaki yang aku idamkan selama ini. Tambahan pula, dia seorang lelaki yang memahami. Aku amat menyukainya.


Jika diajukan soalan adakah dia ada menetapkan syarat atau batasan yang perlu diikutiku, suamiku pernah memberitahu bahawa semua itu tidak perlu. Hanya perlulah memikirkan sebaik-baik keputusan.


Ini kerana sebagai suami, Dia sudah sedia maklum dengan status dan tanggungjawab barunya itu. Suami yang bertanggungjawab tidak akan membuat perkara yang boleh mengguris hati surinya.


Apabila sudah menjadi suami, kita sendiri tahu batasan kita dalam pergaulan. Kita juga tahu untuk menjauhi perkara yang akan membuatkan hati isteri terguris.


"Kami juga sudah tahu tanggungjawab kami sebagai suami isteri. Itu adalah perkara asas dalam rumah tangga," ujar suamiku yang meluahkan kata-kata romantis sambil mencium pipiku.
Anak


Aku tidak merancang keluarga kerana jika sudah tiba masanya menimang cahaya mata, aku terima. itulah yang dapat di perkatakan sekiranya ada yang bertanyakan hal itu. 
aku dan suami hanya berserah kepada Tuhan. Namun, jika boleh suamiku inginkan sepasang anak lelaki dan perempuan.


Aku dan suami akan mengadakan resepsi pada 13 March 2011 di kediamanku.


Namun, sesi berbulan madu kami telah memilih untuk ke Pulau Langkawi setelah selesai resepsi di pihak lelaki.