Saturday, 12 March 2011

Pernikahan Aku & Suamiku pada 12 March 2011



Salam...perkenalan sebagai seorang rakan yang bermula daripada laman sosial yahoo massenger (Chat Room Selangor) pada tahun 2006 telah berubah menjadi bibit-bibit cinta antara aku dan dia hingga membawa ke jinjang pelamin


Nama suamiku Faizal atau nama sebenarnya Muhamad Faizal Ishak kelihatan berseri-seri pada majlis pernikahannya dengan ku Wan Noor Azlinawati Basri yang berlangsung di kediaman ku di Kampung Batu Balai, Kerdau pada 12 March 2011 lalu.


Aku dan dia selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Air mataku tak dapat di kawal lagi tatkala aku telah bergelar isteri kepada suamiku. Aku juga, tak dapat bayangkan bagaimana kehidupan ku bergelar isteri selepas ini, dapat kah aku memikul tanggungjawab itu?, soalan itu sering berlegar2 di fikiranku.

Bicara suamiku, hatinya terbuka untuk melamar aku yang lebih mesra disapa iena setelah memikirkan perkenalan kami yang telah menjangkau empat tahun, aku juga pada ketika itu telah tamat pengajian Diploma di Kolej Yayasan Melaka pada tahun 2009. Jadi tiada apa yang dapat di tunggu lagi,hanya restu kedua-dua orang tua yang diharapkan. Pada Feb 2010 aku dan dia telah ditunangkan dengan suamiku dengan perjanjian tempoh pertunangan selama setahun. 


Kami berkenalan di yahoo massenger sejak lima tahun lalu. Pada asalnya, kami merupakan rakan biasa sahaja sehinggalah aku mendapat tawaran sambung belajar di Kolej Yayasan Melaka dalam jurusan Diploma Teknologi Rangkaian. Suamiku menanyakan adakah aku akan mencari pasangan apabila belajar kelak. Aku hanya menyatakan bahawa "Jodoh tak mengenal siapa". Dengan tanpa diduga suamiku melamarku menjadikan aku kekasihnya, dengan memikirkan hanya dia sering membuatku gembira aku telah sudi menerimanya, walau keadaan ketika itu hanya mengenali di chat room massenger.


"Perasaan itu datang dengan sendiri. Sememangnya dia lelaki yang paling rapat dengan aku ketika itu dan tidak sangka rakan baik merupakan jodohku.


Suamiku ialah seorang lelaki yang sentiasa memahami diriku dan selalu ada bersamaku sewaktu susah dan senang. Dia sanggup menjadi pendengar setia ketika diriku dilanda masalah. Selama aku menjadi kekasihnya tidak pernah sekali-kali dia mengabaikanku. Malah setiap hari pasti dia tidak lupa untuk menalifonku bertanya khabar. 

                                                               
                                                              Kad jemputan untuk tetamu


Suami


Dalam majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, aku dan dia anggun menyarung busana serba putih rekaan Kak Aida. Hiasan pelamin dan hantaran pula dibuat khas oleh Busan Pengantin Aida dari Temerloh, Pahang. Serta jurugambar Aleeya Studio Enterprise dari Taiping,Perak.


Walaupun berlangsung secara sederhana, majlis itu tetap meriah. Keceriaan juga jelas terpampang pada wajah Suamiku. Dia kelihatan tersenyum hingga ke akhir majlis.



Pada hari tersebut, aku menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran berjumlah RM7,000.


Aku juga menerima sebentuk cincin dan 9 dulang hantaran yang terdiri daripada beg tangan Valentino Creations, wangian Body Shop, set barangan solek Chanel, sepasang telekung, laptop Dell, sebakul buah-buahan, coklat ferrero rochelle , semangkuk manisan dan sirih junjung.


Berbalas sebelas dulang daripada pihak perempuan ialah set beg duit Polo,wangian Dunhill, hiasan bunga rampai, hiasan kain pelekat, sebuah talifon bimbit Nokia c6, sebakul buah-buahan, coklat van hauten, hiasan cup cake, sepasang kasut G.A.Blue , sirih junjung serta semangkuk manisan.


Adakah aku sudah bersedia menjadi isteri kepada suamiku? Ini merupakan soalan wajib yang sering ditanya setiap orang yang telah bergelar isteri.




Bagiku, aku telah lama bersedia untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami dan bakal anak-anaku nanti.
Mengenai kriteria yang ada pada diri suamiku hingga aku tertarik dengan lelaki itu adalah, Suamiku ialah seorang lelaki yang bijak, matang dari segala aspek termasuk pertuturan, perwatakan dan pemikiran. Suamiku ada visi yang jelas dalam hidup dan sanggup menerimaku apa adanya.


Apa yang ada pada suamiku menepati kriteria lelaki yang aku idamkan selama ini. Tambahan pula, dia seorang lelaki yang memahami. Aku amat menyukainya.


Jika diajukan soalan adakah dia ada menetapkan syarat atau batasan yang perlu diikutiku, suamiku pernah memberitahu bahawa semua itu tidak perlu. Hanya perlulah memikirkan sebaik-baik keputusan.


Ini kerana sebagai suami, Dia sudah sedia maklum dengan status dan tanggungjawab barunya itu. Suami yang bertanggungjawab tidak akan membuat perkara yang boleh mengguris hati surinya.


Apabila sudah menjadi suami, kita sendiri tahu batasan kita dalam pergaulan. Kita juga tahu untuk menjauhi perkara yang akan membuatkan hati isteri terguris.


"Kami juga sudah tahu tanggungjawab kami sebagai suami isteri. Itu adalah perkara asas dalam rumah tangga," ujar suamiku yang meluahkan kata-kata romantis sambil mencium pipiku.
Anak


Aku tidak merancang keluarga kerana jika sudah tiba masanya menimang cahaya mata, aku terima. itulah yang dapat di perkatakan sekiranya ada yang bertanyakan hal itu. 
aku dan suami hanya berserah kepada Tuhan. Namun, jika boleh suamiku inginkan sepasang anak lelaki dan perempuan.


Aku dan suami akan mengadakan resepsi pada 13 March 2011 di kediamanku.


Namun, sesi berbulan madu kami telah memilih untuk ke Pulau Langkawi setelah selesai resepsi di pihak lelaki.